aSsalaMualaikum.....seRi peNyeri....seNyuM =* sesuAtu itu tiDak akaN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah
sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah
Wednesday, March 16, 2011
~KAMI MENUNJUKKAN RAMAI ATAU SEORANG~
Assalamualaikum....
Semasa aku pergi ke UNIKL, Kulim untuk berjumpa dengan sepupu aku, aku mendapat satu lagi isu untuk aku ulaskan dalam tugasan blog ini. Isu kali ini adalah menyentuh mengenai penggunaan kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh rakan sepupu aku. Dialognya seperti di bawah :-
Sepupu aku: Suzi makan tak lagi?
Rakan sepupu aku: Kami makan dah tadi.

Berdasarkan dialog tersebut suka untuk aku mengulas mengenai penggunaan kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh rakan sepupu aku itu iaitu Suzi. Kata ganti nama diri pertama 'kami' ialah kata ganti nama diri pertama jamak iaitu digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. Dengan ini, rakan sepupu aku itu telah melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri pertama. Sepatutnya dia menggunakan kata ganti nama diri pertama 'aku' atau 'saya' untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh sepupu aku. Penggunaan kata ganti nama diri pertama 'kami' tidak sesuai kerana kami menunjukkan dua orang atau lebih. Sebaliknya, pada waktu itu sepupu aku hanya bertanya kepada rakannya Suzi sahaja dan tidak ada orang lain selain Suzi. Sekian..
Tuesday, March 15, 2011
~APABILA DUA ORANG BERLAINAN DIALEK BERSEMBANG~
Assalamualaikum....
Ceritanya bermula ketika aku dengan ibu aku keluar bersembang di depan rumah. Jiran aku bertanya kepada aku sama ada anak saudara aku tidur atau jaga. Dialognya seperti di bawah :-
Jiran : Sofia tidur ke jaga tu? (jiran aku berasal daripada Perak)
Aku : Bangun.
Jiran 2 : hahahhaa!! sorang tanya tidur ke jaga, sorang jawab bangun.
Aku turut ketawa juga dengan jiran-jiran aku yang lain.

Dalam konteks ini, keadaan ini berlaku disebabkan aku sebagai orang yang berasal dari Kelantan memang sudah terbiasa menyebut bangun bagi mengambarkan seseorang itu sudah sedar dari tidur. Sebaliknya, jiran aku yang berasal dari Perak mungkin menggunakan dialek mereka iaitu 'jaga' untuk mengambarkan seseorang itu sudah sedar dari tidur. Dengan ini, berlakulah pertukaran dialek antara kami dan aku dapat mengetahui dialek Perak, manakala jiran aku pula dapat mengetahui dialek Kelantan.
Monday, March 14, 2011
Friday, March 11, 2011
~RAMAI UNTUK BENDA ATAU ORANG?~
KISAH KESEMBILAN
Lokasi :- Dalam Perjalanan Pulang Ke Kota Bharu
Assalamualaikum....
Situasi kesembilan ini, suka untuk aku berkongsi satu cerita menarik. Ketika aku dalam perjalanan ke Kota Bharu, keadaan jalan raya sungguh sesak dengan waktu itu. Dalam kekalutan aku dan kakak-kakak aku yang lain bersembang. Semasa kami bersembang, kakak sulung aku mengeluarkan satu penyataan yang amat tertarik untuk aku ulas di sini. Dialognya seperti di bawah:-
Kakak sulung: Bila la kita nak sampai kalau ramai kereta macam ni.
Kakak kedua : Ramai boleh ke tujukan pada kereta? Apa la kau ni kak.
Dua orang kakak aku bertentangan pendapat mengenai kenyataan 'ramai kereta'.

ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Dalam konteks ini, bagi pandangan aku 'ramai kereta' tidak sesuai digunakan untuk kereta. Perkataan 'ramai' hanya digunakan untuk manusia. Sebaliknya, kereta bukan golongan manusia. Jadi, lebih sesuai dan betul jika mengatakan 'banyak kereta' bukan 'ramai kereta'. Sekian..
Wednesday, March 9, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Saturday, March 5, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)