sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Thursday, February 17, 2011

~~BUDI BAHASA DI JALAN RAYA~~

KISAH KEDUA
Lokasi : Jalan Lojing, Gua Musang
Assalamualaikum....
Ceritanya bermula semasa saya bersama rakan menaiki kereta Perodua Viva, DBR 2836 dalam perjalanan pulang ke Tanjung Malim iaitu dari Kelantan ke Tanjung Malim. Kami terpaksa melalui tempoh perjalanan yang agak lama ekoran keadaan jalan raya yang begitu sesak dengan kereta. Keadaan ini wajar, kerana pada waktu itu semua orang pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Cina. Dipendekkan cerita, selepas sarapan di kawasan rehat Gua Musang, dalam perjalanan jalan Lojing menuju ke Cameron Highland terdapat sebuah kereta Honda yang tidak keterlaluan jika saya katakan pemandunya merupakan seorang 'pengganas jalan raya'. Kami semua terkesima apabila melalui jalan yang berbukit, tiba-tiba datang sebuah kereta dengan laju menekan pedal minyak keretanya menuju ke arah bertentangan dengan kami. Hal ini demikian kerana, pemandu tersebut ingin memotong kereta dihadapannya walhal sudah terang lagi bersuluh kawasan tersebut dilarang memotong sama sekali. Namun, nasib menyebelahi kami dan dengan takdir Allah s.w.t kereta tersebut diberi ruang oleh kereta dihadapannya untuk masuk kembali ke jalannya walaupun hanya beberapa meter hampir menanggar kereta kami.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Berdasarkan apa yang saya lalui, dapat saya simpulkan bahawa pemandu tersebut merupakan salah seorang "pengganas jalan raya". Hal ini demikian kerana, dengan peragai buruknya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak bersabar itu akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain malah dirinya sediri. Dalam konteks ini, budi bahasa bukan sahaja dinilai daripada percakapan kita malah jugak di dalam perbuatan atau tingkah laku juga perlu bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni. Dengan ini, pengajaran yang dapat kita kutip di dalam kejadian ini, berbudi bahasa itu penting walau di mana sahaja kita berada dan dalam bentuk apa sekalipun. Sekian.

Tuesday, February 8, 2011

~~LUNTURNYA ADAT KESOPANAN DALAM BERBAHASA~~

KISAH PERTAMA
Lokasi: Salah sebuah syarikat insurans
Assalamualaikum..
Percubaan pertama dalam meluahkan rasa hati berdasarkan pengamatan yang aku lakukan. Kisahnya bermula ketika aku bersama keluarga ke salah sebuah syarikat insurans. Sebelum tiba giliran aku, terdapat seorang pak cik yang pada firasat aku umurnya dalam lingkungan 70-an. Dalam konteks ini, apa yang ingin aku ketengahkan sikap pegawai insuran tersebut yang tidak beradab dalam berbahasa ketika pakcik tersebut menyerahkan borang kepadanya. Sempat juga aku mengerling tanda namanya, Zainab. Dialognya berbunyi begini :-
        Pak cik                   : Cik ini borang yang saya isi.
        Cik Zainab             : (Dengan muka masam macam cuka) Pak cik saya cakap isi   
        pegawai insuran       di sini..!! isyyhh! (dengan menunjukkan jari telunjuknya
                                          secara kasar ke atas borang yang dihulurkan oleh
                                          pak cik tadi)
        Pak cik                   : Owh, dekat sini ke?
        Cik Zainab              : Yelah..!! dekat sini..., dekat sini..! (dengan kuat
        pegawai insuran     menunjuk-nunjukruangan kosong dalam borang itu)
                                             sertakan sekali salinan surat angkat sumpah.
        (Pak cik itu dengan perlahan-lahan berjalan keluar dipimpin oleh
         anak perempuannya keluar)

                 ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)        
                      
Berdasarkan apa yang aku lihat, terdetik di dalam hati, adakah dengan ibu bapanya juga dia bercakap sedemikian rupa. Apakah perasaannya jika bapanya dilayan seperti dia melayan pak cik itu. Maaf jika keterlaluan untuk aku ungkapkan pegawai perempuan itu bersikap amat kurang ajar dalam berbahasa bahkan dalam perwatakannya juga. Namun, yang menghairankan aku apabila tiba giliran aku tidak pula dia bersikap sedemikian, pandai pula dia berbahasa. Mungkin dia memandang rendah Pak Cik tersebut yang kelihatan agak kampung sedikit dan tidak berdaya. Dalam hal ini, di mana hilangnya adat kesopanan dalam berbahasa. Bagi aku pegawai perempuan itu tidak ikhlas dalam kerjanya. Malah dengan sikapnya itu akan melahirkan generasi masyarakat yang tidak beradab dalam berbahasa. Hal ini demikian kerana, bukan kali pertama aku melihat fenomena ini tapi sudah banyak kali. Dengan ini, ingin aku tegaskan sikap sesetenggah pegawai kerajaan mahupun swasta yang tidak pandai berbahasa dan menghormati orang tua ibarat mencemarkan adat kesopanan bangsa sendiri.

Saturday, January 15, 2011

MAnUSIA pElik...emmm macaM2...

HaRi ni baRulah aku juMpa maNusia peLik...setelah bebeRapa miNggu meNcari...suAtu haRi akaN menjadi seoRang guRu..tapi peRagai masih tidAk jujuR..macAm maNa nak jadi seoraNg guRu maCam ni....sakit hati betuL tapi sAbaR jela.......miNtak-miNtak Allah s.w.t bukakaN piNtu hatiNya uNtuk meNjadi maNusia yaNg jujuR pada diRi seNdiri dan juga oRaNg laiN....amiN.... T_T

Wednesday, January 12, 2011

haRi Lawak seduNia.....=))

adOOoi yaa.....si dia meMbuat aku berasa malu td.....maSa haNtar balik daRi makaN dibrek nyee meNgejut kt depaN pak guard..haMpir terhaNtuk kepala aku kt cermiN...huhuhuuu... tidak sOpaN laNgsuNg...tapi melucukaN..ketawa sakaN pak guard yang teNgok masa 2...hihihi T_T

Friday, January 7, 2011

saya berasa suNyi.....~~~

SuNyi sepi meNceNgkam jiwa.......ke maNa kau meNghilaNg seharian suNtuk.....haisssyyyy bosaN......pejaM celik, pejaM celik....tidak meNjelma juga wajahmu yang ayu di mataku.....hadisah sibuk saNgat ke kamu hari ini..... =/