sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, February 8, 2011

~~LUNTURNYA ADAT KESOPANAN DALAM BERBAHASA~~

KISAH PERTAMA
Lokasi: Salah sebuah syarikat insurans
Assalamualaikum..
Percubaan pertama dalam meluahkan rasa hati berdasarkan pengamatan yang aku lakukan. Kisahnya bermula ketika aku bersama keluarga ke salah sebuah syarikat insurans. Sebelum tiba giliran aku, terdapat seorang pak cik yang pada firasat aku umurnya dalam lingkungan 70-an. Dalam konteks ini, apa yang ingin aku ketengahkan sikap pegawai insuran tersebut yang tidak beradab dalam berbahasa ketika pakcik tersebut menyerahkan borang kepadanya. Sempat juga aku mengerling tanda namanya, Zainab. Dialognya berbunyi begini :-
        Pak cik                   : Cik ini borang yang saya isi.
        Cik Zainab             : (Dengan muka masam macam cuka) Pak cik saya cakap isi   
        pegawai insuran       di sini..!! isyyhh! (dengan menunjukkan jari telunjuknya
                                          secara kasar ke atas borang yang dihulurkan oleh
                                          pak cik tadi)
        Pak cik                   : Owh, dekat sini ke?
        Cik Zainab              : Yelah..!! dekat sini..., dekat sini..! (dengan kuat
        pegawai insuran     menunjuk-nunjukruangan kosong dalam borang itu)
                                             sertakan sekali salinan surat angkat sumpah.
        (Pak cik itu dengan perlahan-lahan berjalan keluar dipimpin oleh
         anak perempuannya keluar)

                 ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)        
                      
Berdasarkan apa yang aku lihat, terdetik di dalam hati, adakah dengan ibu bapanya juga dia bercakap sedemikian rupa. Apakah perasaannya jika bapanya dilayan seperti dia melayan pak cik itu. Maaf jika keterlaluan untuk aku ungkapkan pegawai perempuan itu bersikap amat kurang ajar dalam berbahasa bahkan dalam perwatakannya juga. Namun, yang menghairankan aku apabila tiba giliran aku tidak pula dia bersikap sedemikian, pandai pula dia berbahasa. Mungkin dia memandang rendah Pak Cik tersebut yang kelihatan agak kampung sedikit dan tidak berdaya. Dalam hal ini, di mana hilangnya adat kesopanan dalam berbahasa. Bagi aku pegawai perempuan itu tidak ikhlas dalam kerjanya. Malah dengan sikapnya itu akan melahirkan generasi masyarakat yang tidak beradab dalam berbahasa. Hal ini demikian kerana, bukan kali pertama aku melihat fenomena ini tapi sudah banyak kali. Dengan ini, ingin aku tegaskan sikap sesetenggah pegawai kerajaan mahupun swasta yang tidak pandai berbahasa dan menghormati orang tua ibarat mencemarkan adat kesopanan bangsa sendiri.