sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Wednesday, February 23, 2011

~~BUNYI BERLAINAN TETAPI SAMA MAKSUD~~

KISAH KETIGA
Lokasi :- Blok 1, Kolej Harun Aminurrashid
Assalamualaikum....
Dalam bicara aku kali ini, suka untuk aku meyentuh isu semantik iaitu makna. Pada suatu hari semasa aku mengunjungi bilik rakan, secara tidak sengaja aku terdengar perbualannya dengan ibunya melalui talifon. Dialog yang dapat aku kesan ialah seperti dibawah:-
           Rakan aku : ya ma wak gapo?
                               : owh...ho pah bilo dio balik, gi, kelik mula nyo?
Dialog di atas merupakan pecakapan rakan aku dengan ibunya mengenai adiknya yang akan bertolak balik ke Universiti Melaya.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Dalam konteks ini, aku tidak mahu menyentuh isu singkatan perkataan yang digunakan. Namun begitu, suka untuk aku menyentuh isu semantik iaitu makna berdasarkan perkataan yang disebut iaitu balik, gi, kelik. Dalam hal ini, memandangkan aku juga berasal dari Kelantan maka aku dapat memahami maksud perkataan yang disebutkan itu. Perkataan yang disebutkan itu membawa makna atau maksud yang sama iaitu di dalam bahasa baku 'balik'. Dengan ini, aku dapat mengesan kesalahan di dalam penggunaan bahasa apabila dicampur adukkan dengan  penggunaan dialek. Perkataan 'gi' dan 'kelik' itu merupakan dialek Kelantan. Bagi pendapat aku, si penutur sudah terbiasa menyebut tiga patah perkataan itu apabila ingin menyampaikan maksud 'balik'. Hal ini disebabkan, si penutur terpengaruh dengan keadaan persekitaran masyarakatnya yang bertutur sedemikian rupa untuk menyampaikan maksud 'balik'. Bagi pendapat aku, seharusnya hanya satu sahaja perkataan yang harus disebut untuk menyampaikan maksud 'balik' sama ada menggunakan bahasa baku 'balik' atau dialek Kelantan iaitu 'gi' atau 'kelik'. Sekian..