sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Thursday, February 17, 2011

~~BUDI BAHASA DI JALAN RAYA~~

KISAH KEDUA
Lokasi : Jalan Lojing, Gua Musang
Assalamualaikum....
Ceritanya bermula semasa saya bersama rakan menaiki kereta Perodua Viva, DBR 2836 dalam perjalanan pulang ke Tanjung Malim iaitu dari Kelantan ke Tanjung Malim. Kami terpaksa melalui tempoh perjalanan yang agak lama ekoran keadaan jalan raya yang begitu sesak dengan kereta. Keadaan ini wajar, kerana pada waktu itu semua orang pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Cina. Dipendekkan cerita, selepas sarapan di kawasan rehat Gua Musang, dalam perjalanan jalan Lojing menuju ke Cameron Highland terdapat sebuah kereta Honda yang tidak keterlaluan jika saya katakan pemandunya merupakan seorang 'pengganas jalan raya'. Kami semua terkesima apabila melalui jalan yang berbukit, tiba-tiba datang sebuah kereta dengan laju menekan pedal minyak keretanya menuju ke arah bertentangan dengan kami. Hal ini demikian kerana, pemandu tersebut ingin memotong kereta dihadapannya walhal sudah terang lagi bersuluh kawasan tersebut dilarang memotong sama sekali. Namun, nasib menyebelahi kami dan dengan takdir Allah s.w.t kereta tersebut diberi ruang oleh kereta dihadapannya untuk masuk kembali ke jalannya walaupun hanya beberapa meter hampir menanggar kereta kami.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Berdasarkan apa yang saya lalui, dapat saya simpulkan bahawa pemandu tersebut merupakan salah seorang "pengganas jalan raya". Hal ini demikian kerana, dengan peragai buruknya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak bersabar itu akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain malah dirinya sediri. Dalam konteks ini, budi bahasa bukan sahaja dinilai daripada percakapan kita malah jugak di dalam perbuatan atau tingkah laku juga perlu bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni. Dengan ini, pengajaran yang dapat kita kutip di dalam kejadian ini, berbudi bahasa itu penting walau di mana sahaja kita berada dan dalam bentuk apa sekalipun. Sekian.

No comments:

Post a Comment