sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Saturday, March 5, 2011

ADAKAH KESALAHAN BIASA SATU KEBIASAAN???


 
KISAH KEEMPAT
Lokasi :- Jalan Tun Perak menuju ke Setapak
 

Assalamualaikum....
Penelitian aku dalam melalui kehidupan seharian. Ceritanya bermula sewaktu aku bersama empat rakan dalam perjalanan ke Setapak, Kuala Lumpur. Semasa kami semua mengceritakan keistimewaan makanan di sana aku tertarik dengan perbahasan dua rakan aku. Dialog perbahasan mereka seperti di bawah:-
            Rakan A: Goreng pisang kedai makan dekat Setapak memang sedap oii.
            Rakan B: Bukan goreng pisang tapi pisang goreng. Takkan tu pun
                               kau tak tahu.
            Rakan A: Owh..aku tahu tapi saja ja.

ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Berdasarkan peistiwa yang berlaku didepan mata aku itu, secara langsung telah membawa sekali aku untuk turut serta berbahas mengenai goreng pisang atau pisang goreng. Dalam konteks ini, aku setuju dengan pendapat rakan B aku iaitu pisang goreng dan bukan  goreng pisang. Hal ini demikian kerana, goreng pisang merupakan kata kerja bukan kata nama untuk ditujukan kepada sesuatu kata nama. Namun begitu, bagi pendapat aku, rakan A aku menyebut goreng pisang disebabkan kebiasaan dalam dirinya menyebut seperti itu. walaupun, hakikatnya dia mengatahui bahasa yang digunakannya itu salah. Jadi, pentingnya seseorang berbahasa dengan betul dan bukan bercakap sebelum berfikir.

No comments:

Post a Comment