sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 8, 2011

SALAH FAHAM ATAU TIDAK FAHAM



KISAH KELIMA
Lokasi :- Tanjung Malim ke Kelantan
 

Assalamualaikum....
Ketika aku dalam perjalanan pulang ke kampung, keadaan jalan raya sungguh sesak. Aku terpaksa mengambil masa selama 12 jam untuk pulang ke kampung iaitu dari Tanjung Malim ke Kelantan yang sebelum ini aku hanya mengambil masa selama lapan jam. Dalam konteks ini, bukan lama perjalanan yang terpaksa aku lalui menjadi isu tetapi aku tertarik untuk berkongsi perbualan aku dengan rakan aku. Dialognya seperti di bawah:-
          Rakan :- Penatlah bawa kereta kalau kereta sesak macam ni.
          Aku :- Kereta sesak? Kereta sesak ke, jalan yang sesak dengan kereta?

Perbualan kami mengenai kereta sesak atau jalan raya sesak. Berlaku salah tafsiran sama ada jalan raya sesak atau kereta sesak.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Dalam situasi ini, bagi pendapat aku perkataan yang sesuai digunakan ialah jalan raya sesak bukan kereta yang sesak. Hal ini demikian kerana, kereta tidak sesak tetapi jalan raya itu yang sesak dengan kereta. Oleh itu, lebih tepat menggunakan jalan raya sesak.


No comments:

Post a Comment