sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 8, 2011

~LUNTURNYA SIKAP MENGHORMATI GURU~


KISAH KEENAM
Lokasi :- Di Kantin Salah Sebuah Sekolah

 

Assalamualaikum....
Dalam bicara aku kali ini, suka untuk aku menyentuh isu sikap pelajar kini yang tidak menghormati guru. Buktinya, dapat diambil semasa peristiwa aku bersama rakan ke salah sebuah skolah untuk membuat pengajaran makro. Dalam perbincangan kali ini aku ingin berkogsi peristiwa yang berlaku di depan mata aku di sekolah tersebut. semasa waktu rehat, aku mendengar salah seorang pelajar mengatakan 'bodoh cikgu tu, bagi keluar lambat, lapar aku'. Keadaan ini membuat aku terkesima dengan sikap buruk yang dipamerkan oleh pelajar itu.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)


Dalam konteks ini, bahasa yang digunakan oleh pelajar itu jelas menunjukkan sikap pelajar itu yang tidak menghormati gurunya. Seorang pelajar haruslah menghormati guru yang memberikan ilmu kepada mereka. Jadi, pelajar haruslah menjaga percakapan mereka agar tidak bersikap kurang ajar dan haruslah menghormati guru mereka agar ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan. Berdasarkan peristiwa yang aku lihat ini, sikap buruk dalam kalangan para pelajar haruslah diberi perhatian agar tidak berlarutan.

No comments:

Post a Comment