sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Friday, March 11, 2011

~RAMAI UNTUK BENDA ATAU ORANG?~


KISAH KESEMBILAN
Lokasi :- Dalam Perjalanan Pulang Ke Kota Bharu
Assalamualaikum....
Situasi kesembilan ini, suka untuk aku berkongsi satu cerita menarik. Ketika aku dalam perjalanan ke Kota Bharu, keadaan jalan raya sungguh sesak dengan waktu itu. Dalam kekalutan aku dan kakak-kakak aku yang lain bersembang. Semasa kami bersembang, kakak sulung aku mengeluarkan satu penyataan yang amat tertarik untuk aku ulas di sini. Dialognya seperti di bawah:-


                     Kakak sulung: Bila la kita nak sampai kalau ramai kereta macam ni.

                     Kakak kedua : Ramai boleh ke tujukan pada kereta? Apa la kau ni kak.


Dua orang kakak aku bertentangan pendapat mengenai kenyataan 'ramai kereta'.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)

Dalam konteks ini, bagi pandangan aku 'ramai kereta' tidak sesuai digunakan untuk kereta. Perkataan 'ramai' hanya digunakan untuk manusia. Sebaliknya, kereta bukan golongan manusia. Jadi, lebih sesuai dan betul jika mengatakan 'banyak kereta' bukan 'ramai kereta'. Sekian..

No comments:

Post a Comment