sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Wednesday, March 9, 2011

~~MALAS ATAU MALU ATAU GELI TERHADAP SESUATU?~~

KISAH KELAPAN
Lokasi :- Di Bilik Kuliah
Assalamualaikum....
Perbincangan aku kali ini menyentuh mengenai bidang Semantik. Aku selalu berbahas dengan rakan sekuliah yang berasal dari Kedah mengenai dialek kami iaitu Kelantan dan Kedah. Perkataan dialek yang sering kami bahaskan ialah 'segan'. Perbahasan kami berpunca daripada peristiwa semasa aku menyuruhnya menyiapkan tugasan. Rakan aku membalas dengan perkataan 'segan'. Dialog kami berbunyi seperti di bawah:-
                             
                                 Aku :- eh kau buat la kerja kau tu.
                                 Rakan :- Segan la aku nak buat, minggu depan lah.
Aku pelik apa yang disegankan oleh rakan aku itu. Rupanya dia menggunakan dialeknya iaitu dialek Kedah dan aku pula memahami perkataan segan itu mengikut dialek aku iaitu dialek Kelantan.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Dalam konteks ini, setiap dialek mempunyai loghat masing-masing yang berlainan makna. Bagi perkataan segan yang digunakan dalam dialek Kelantan adalah mengambarkan seseorang itu malu atau geli dengan keadaan yang becak. Manakala, bagi dialek Kedah pula lain maksudnya iaitu malas. Jadi, jelaslah di sini, setiap dialek yang digunakan bagi setiap negeri berlainan maksud bagi dialek negeri lain. walaupn berlaku kekeliruan untuk memahami makna tetapi secara langsung telah menambah pengatahuan aku dalam memahami makna kata 'segan' mengikut dialek Kedah dan juga 'Kelantan'. Sekian...

No comments:

Post a Comment