sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, December 13, 2011

BAHAGIAN A (i)
RINGKASAN

Teknik Meringkaskan Petikan:
-Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betulfaham akan isi petikan tersebut.
-Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi yang dikehendaki oleh soalan.
Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap
-Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.
-Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan
-tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.
-Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.
-Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar).
-Tulis ayat-ayat baru dalam satu perenggan sahaja.
-Salin hasil ringkasan dalam kertas jawapan dengan tulisan yang kemas.
-Kemudian, tulis jumlah perkataan di bahagian kanan jawapan.
-INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan
-ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang
-maksudnya akan terpesong.

Format surat kiriman rasmi

FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI


____(Alamat pengirim)___________________,
______________________________________,
______________________________________.


­­­­­­­­

___(Nama dan alamat penerima)_____________
_______________________________________,
_______________________________________,                            
_______________________________________.                                         _(Tarikh)___


_____________, (Perkataan menghadap surat)


__________(Perkara)_________________________________________________


_______(Pendahuluan)_______________________________________________________________________________________________________________________.


2.   _______________(Isi)__________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________________________________________.

3.   _____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________________________________________.

______(Penutup)____________________________________________________________________________________________________________________________.


_(Tanda tangan)________
__(Nama pengirim: huruf besar)_____

Saturday, December 10, 2011

PROSES MENULIS KARANGAN

PROSES MENULIS KARANGAN


(I)
Membuat Perancangan:
  •     Menentukan kehendak soalan dan format.
  •   Menyenaraikan isi.
  •     Menyesuaikan isi – memilih tiga isi yang kukuh.
  •     Membuat cabang isi dan mencatat maklumat sokongan.


(II)
Menulis Karangan:
  •     Pendahuluan lebih kurang 40 patah perkataan.
  •    Isi - tiga isi; setiap isi lebih kurang 50 patah perkataan.
  •     Penutup - lebih kurang 40 patah perkataan.
            ~ Satu isi hendaklah ditulis dalam satu perenggan; sekiranya tiga                                       isi karangan yang terhasil mestilah lima perenggan.                  

(III)
Membuat Semakan:
  •     Semakan ayat, penggunaan imbuhan, diksi, ejaan dan                                                                                                                                                               lain-lain (betulkan jika terdapat kesalahan)                  
                 

Bagi melihat dan memahami proses-proses membina perenggan yang baik, saksikan video yang terdapat pada link/pautan ini :



Perhatikan contoh soalan karangan yang berikut dan cuba jawab menggunakan kaedah yang dicadangkan di atas.
 
Anda akan menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah “Faedah Bersukan.”
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

Monday, November 21, 2011

SOALAN PENILAIAN DAN PENGUKUHAN (KARANGAN PENDAPAT-PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI)


Soalan Subjektif

1.      Nyatakan kaedah membina perenggan isi yang lengkap.       (2markah)
_________________________________________________________
_________________________________________________________

2.      Apakah yang akan terjadi terhadap sungai sekiranya masalah pembuangan 
     sisa toksik tidak dibendung?                                             (2markah)
_________________________________________________________
_________________________________________________________

3.      Ayat topik juga dikenali sebagai ayat _____________________.   (1markah)

4.      Bina satu ayat seruan berdasarkan isu pencemaran sungai.     (2markah)
__________________________________________________________

5.      Nyatakan dua langkah bagi mengelakkan sungai kita daripada tercemar.                 
                                                                                           (4markah)
_________________________________________________________



PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI




Berdasarkan gambar di atas, kenal pasti dan bincangkan punca-punca pencemaran sungai. Setiap satu gambar terdiri daripada satu isi punca pencemaran sungai.

Friday, March 18, 2011

~BIADAP ATAU TIDAK DIAJAR?~




KISAH KEEMPAT PULUH
Lokasi :-  Di salah sebuah sekolah
 

Assalamualaikum....
Dalam menempuh kehidupan aku terdedah dengan pelabagai ragam manusia. Dengan ini, aku ingin berkongsi cerita mengenai peristiwa yang terjadi didepan mata aku semasa aku mengunjungi salah sebuah sekolah. Semasa aku makan di kantin, aku memerhati gelagat para pelajar yang leka menjamu selera sambil berbual dengan rakan-rakannya. Tiba-tiba mata aku terpandang seorang pelajar perempuan melemparkan pinggannya ke dalam tong sampah melalui tempat duduknya. Walaupun pinggan itu masuk ke dalam tong sampah tetapi sisa-sisa nasi yang terdapat dalam pinggan tersebut habis bertaburan. Dengan ini secara langsung memberi ruang kepada aku untuk mengulas sikap pelajar yang semakin menjadi-jadi.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, jelas menunjukkan yang pelajar perempuan itu tidak beradap. Sikap pelajar itu mungkin disebabkan tidak diajar ataupun memang perangainya sedemikian rupa. Jika sikap ini tidak dibendung, pelajar seperti inilah yang akan bermasalah nanti kerana dalam dirinya tiada sifat malu untuk melakukan sesuatu yang dilarang dan tidak baik sama sekali. Bagi pendapat aku, pelajar seperti inilah yang harus diberi perhatian yang lebih dan cuba mendalami perasaan mereka. Dalam situasi seperti inilah guru kaunseling memainkan peranan penting untuk mengubah mereka. Sekian.

~LAPAR NAK G?????~


KISAH KETIGA PULUH SEMBILAN
Lokasi :- Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)
 
 

Assalamualaikum....
Dalam kisah ketiga puluh sembilan ini, aku akan mengulas mengenai dialek yang digunakan oleh budak Kelantan. Malah aku sendiri juga pernah menggunakannya. Baiklah aku akan memberi contoh dalam bentuk perbualan antara dua rakan aku yang kedua-duanya berasal daripada Kelantan. Dialognya seperti di bawah:-

                   Rakan 2: Baso aku, napok sangat kito lapar nak ikut.
                         Rakan 1: Eh mu nok g ko deknu?

Dalam konteks ini, aku tertarik untuk mengulas mengenai perkataan lapar yang digunakan oleh rakan aku itu.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)

Menurut Kamus Dewan, perkataan lapar adalah berasa hendak makan kerana perut kosong. Namun begitu, dalam dialek Kelantan berlaku perbezaan sedikit. Mereka menggunakan perkataan lapar untuk menggambarkan situasi atau keadaan seseorang yang terlampau atau teringin untuk pergi ke sesuatu tempat. Contohnya seperti ayat di atas. Oleh itu, perkataan lapar mengikut dialek Kelantan digunakan mengikut situasi yang dialami. Sekian..

Thursday, March 17, 2011

~LEMBU MENINGGAL?~



KISAH KETIGA PULUH LAPAN
Lokasi :- Pengkalan Chepa, Kota, Bharu, Kelantan.
 
 

Assalamualaikum....
Aku merupakan anak kepada Mohd Nawi Bin Ismail. Ayah aku memelihara beberapa ekor lembu dan lembu yang dipelihara sangat jinak dengan kami. Suatu hari semasa aku pulang ke rumah, aku pergi ke kandang lembu milik ayah aku. Semasa di sana seorang penjaga lembu yang diupah oleh ayah aku sedang leka memberi makan kepada lembu kami. Aku meninjau-ninjau kawasan kandang lembu dan aku dapati lembu kesayangan anak saudara aku yang diberi nama Akis tiada. Aku bertanya kepada Habidi penjaga lembu itu, lalu Habidi menjawab seperti di bawah:-

         "emmm Akis dah lama dah meninggal, dua minggu lepas"

Aku ketawa mendengar Habidi mengatakan yang lembu kami meninggal. Kemudian, aku memberitahu Habidi iaitu bukan meninggal tetapi mati. Namun, dalam hati aku, aku sangat sedih kerana lembu itu ialah lembu kesayangan anak saudara aku dan lembu itu juga sangat jinak.

 


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Ulasan mengenai peristiwa di atas ialah perkataan meninggal tidak sesuai digunakan untuk menunjukkan haiwan telah meninggal. Hal ini demikian kerana, perkataan meninggal digunakan untuk menggambarkan manusia yang telah tiada atau kembali ke rahmatullah. Selain itu,  penggunaan kata meninggal akan lebih tepat jika digunakan untuk orang yang dihormati. Manakala, mati pula merupakan hipernimi (kata umum) dari makna hiponimi (kata khusus) meninggal, wafat, mangkat, tewas, mampus, gugur, dan berpulang. Oleh itu, untuk haiwan adalah sesuai menggunakan perkataan mati. Sekian..

~CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR~


Dalam konteks ini, kita haruslah menjaga percakapan kita walau di mana sahaja kita berada. Hal ini demikian kerana, lif bukan sahaja menjadi kegunaan kita seorang tetapi untuk semua. Oleh itu, bagi pendapat aku tidak wajar perempuan itu bercakap seperti itu kerana menggambarkan dirinya seorang yang bersikap buruk dan tidak tahu menjaga hati orang sekeliling. Sekian..

 
KISAH KETIGA PULUH TUJUH
Lokasi :- Di dalam lif
 
 

Assalamualaikum....
Aku ingin menceritakan sikap sesetenggah masyarakat yang bercakap tidak menjaga hati orang sekelilingnya. Bersesuaian dengan tajuk yang aku berikan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar yang bermaksud berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk. Dalam konteks ini, semasa aku menaili lif aku mendengar seorang perempuan yang agak becok mulutnya berkata seperti di bawah:-

               Busuknya, bau apa ni, kau ada beli ikan ke wei. ee busuk!"

Terdetik dalam hati aku mengatakan perempuan itu teruk. Aku juga turut berbau ikan seperti dia tetapi tidak pula aku berkata seperti itu. Hal ini demikian kerana, dalam lif itu ada seorang perempuan yang membawa bekas, mungkin di dalam bekas itu terdapat ikan.

ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 
 

~BAHASA APAKAH INI?~

KISAH KETIGA PULUH ENAM
Berdasarkan kisah di atas jelas menunjukkan kawan teman sebilik aku bercakap bahasa Melayu tetapi diselang-seli dengan bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, bukan sahaja kwan teman sebilik aku bahakan ramai lagi orang lain yang bercakap seperti itu. Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa campur ibarat ABC iaitu ais batu campur. Namun begitu, bahasa yang digunakan bagi pendapat aku adalah salah. Jika hendak bercakap dalam bahsa Inggeris haruslah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dan jika ingin bercakap dalam bahasa Melayu maka bercakaplah dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan sebetulnya. Sekian..
Lokasi :- Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)
 
 

Assalamualaikum....
Dua hari lepas ada seorang kawan teman sebilik aku datang ke rumah kami. Aku mendengar mereka bersembang. Contoh dialaog mereka bersembang adalah seperti di bawah:-

                Teman sebilik aku : wei macam mana ni aku nak buat, tak pandai la.
                 Kawan teman sebilik aku: Ala.. Aku rasa better kau buat macam tu la.

Secara langsung aku teringat tugasan aku untuk menulis blog lalu aku mengambil isu ini untuk aku ulaskan.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

~KESABARAN KUNCI PENYELESAIAN MASALAH~




KISAH KETIGA PULUH LIMA
Lokasi :- Jalan Kuching, Selayang
 
 

Assalamualaikum....
Dalam mencari idea untuk diulas dalam tugasan blog ini, tiba-tiba aku teringat kejadian yang menimpa aku semasa dalam perjalanan ke rumah kakak aku. Aku telah mengalami kemalangan jalan rasa di Jalan Kuching, Selayang. Namun begitu, tiada kecederaan yang dialami oleh aku dan pemandu kenderaan yang melanggar aku itu. Dalam peristiwa ini, suka untuk aku menceritakan sikap pemadu kereta yang melanggar aku itu. Pemandu kereta itu ialah lelaki dan tidak mempunyai lesen memadu tetapi isterinya cukup tidak berbudi bahasa semasa bercakap dengan aku. Isteri kepada pemandu kereta itu meminta aku membayar ganti rugi kerosakan keretanya. Namun begitu, aku dengan selamba berkata 'kita pergi balai dan selesaikan masalah ini'. Isteri pemandu itu tidak mengalah dan ingin aku mebayar ganti rugi kerana aku kira dia takut untuk ke balai polis kerana suaminya tidak ada lesen memandu. Aku meminta dia bercakap elok-elok dan aku meminta dia ke balai.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, sering berlaku pergaduhan apabila berlaku kemalangan. Namun begitu, bagi pendapat aku perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana tidak ada orang yang mahukan kemalangan berlaku. Jadi, kita haruslah selesaikan dengan cara baik dan bukannya saling bertikam lidah yang hanya akan merumitkan keadaan lagi. Kunci bagi penyelesaian masalah ini ialah kesabaran kerana apabila kita berjaya mengawal kesabaran kita maka perkara seperti ini tidak akan berlaku sama sekali. Di samping itu, kita juga harus beradap dalam percakapan kita walau di mana sahaja kita berada. Sekian..

~JAGALAH PERCAKAPAN ANDA~

KISAH KETIGA PULUH EMPAT
Lokasi :- Salah sebuah UNIKL.
 
 

Assalamualaikum....
Semasa aku berkunjung ke salah sebuah IPTS secara tidak lansung aku telah mendapat satu isu untuk aku kongsikan dalam blog ini. Ceritanya bermula semasa aku pergi berjumpa dengan sepupu aku dan semasa kami berbual sepupu aku meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap pengawal keselamatan di tempatnya. Sepupu aku menceritakan pengawal keselamatan di tempatnya ada yang tidak beradap. Dia pernah bergaduh dengan pengawal keselamatan di tempatnya kerana tidak tahan dengan sikap pengawal keselamatan itu. Menurut cerita sepupu aku, pengawal keselamatan itu bercakap kasar dengannya. Dialog semasa mereka bercakap lebih kurang seperti di bawah:-

               Sepupu aku:- Pak Cik cakap apa tadi dekat kawan saya?
               Pengawal keselamatan :- Kau nak suruh aku cakap berapa kali..!!
                                                               (Dengan muka masam mencuka)

Keadaan ini berlaku kerana sepupu aku tergesa-gesa keluar dan lupa untuk menyerahkan kad pelepasan kerana ada hal kecemasan berlaku. Pengawal keselamatan itu pula memesan kepada kawan sepupu aku supaya cakap kepada sepupu aku jangan ikut kepala dia saja.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, sesuatu masalah itu tidak akan berlaku jika kita berbudi bahasa apabila bercakap dengan seseorang. Namun begitu, jika kita tidak beradap dengan seseorang maka akan timbullah salah faham dan pergaduhan. Sepatutnya, pengawal keselamatan itu haruslah bercakap dengan nada yang perlahan dan bukan meninggikan suara hingga menaikkan darah orang yang mendengarnya. Sikap ini bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi hanya menambahkan masalah. Sekian..

~KESALAHAN TATABAHASA~

KISAH KETIGA PULUH TIGA
Lokasi :- Dalam bilik kuliah
 

Assalamualaikum....
Semasa dalam kelas Keterampilan Penulis, aku mendengar salah seorang pelajar membentangkan tugasannya. Dalam pembentangan itu aku dapat mengesan kesalahan tatabahasa yang digunakan iaitu pelajar tersebut menyebut '20 lebih tahun'. Dengan ini, memberi peluang untuk aku mengulas mengenai kesalahan yang dilakukan.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, pelajar tersebut ialah pelajar yang mengambil subjek bahasa jadi tidak seharusnya kesilapan seperti ini berlaku. Pelajar tersebut menyebut '20 lebih tahun' sepatutnya dia menyebut '20 tahun lebih' Di sini telah berlaku kesalahan hukum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Sepatutnya yang diterangkan berada dihadapan bukannya yang menerangkan berada dihadapan. Sekian..

~MELATAH SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA?~




KISAH KETIGA PULUH DUA
Lokasi :- Di perhentian bas
 
 

Assalamualaikum....
Semasa aku bersama rakan aku menunggu bas untuk balik ke Tanjung Malim terjadi satu peristiwa yang menarik perhatian aku. Ceritanya bermula apabila seorang lelaki bersama dua rakannya berjalan di depan aku dan tiba-tiba lelaki itu terjatuh dalam lubang. Namun begitu, bukan peristiwa lelaki itu jatuh dalam lubang menjadi isu tetapi semasa lelaki itu jatuh mulutnya turut serta sepantas kilat menjebut "mak kau gila babi". Dalam situasi seperti ini adakah lelaki itu melatah atau memang dia berniat untuk berkata seperti itu sedangkan pada waktu itu orang ramai disekitarnya.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Berdasarkan peristiwa di atas, bagi pendapat aku sama ada lelaki itu melatah atau sengaja ingin berkata seperti itu kedua-duanya tidak wajar untuk dia berkata seperti itu. Hal ini demikian kerana, ayat yang keluar dari mulutnya amat sensitif dan melambangkan sikapnya yang tidak menjaga adab semasa bercakap. Sepatutnya, jika lelaki itu hendak melatah sekalipun, haruslah cuba untuk menyebut perkara-perkara elok seperti "Ya Allah", "Masyaalah" dan sebagainya yang sedap didengar. Hal ini disebabkan, melatah adalah kebiasaan jadi cuba kita membiasakan diri untuk menyebut perkara-perkara yang baik. Apabila kita menyebut perkara yang baik secara langsung kita menjaga percakapan kita agar tidak menjadi tidak beradab. Sekian..

~ORANG LIHAT SEBAB CANTIK TAPI MARAH????~





 
KISAH KETIGA PULUH SATU
Lokasi :- Pasar Ramadhan, Tanjung Malim
 
 

Assalamualaikum....
Aku ingin berkongsi cerita mengenai seorang perempuan dalam lingkungan umur 30-an. Dalam kekalutan aku mencari idea untuk diulas dalam blog ini, tiba-tiba aku teringat peristiwa yang terjadi ke atas diri aku pada semester lepas. Peristiwa ini berlaku di pasar ramadhan, Tanjung Malim. Aku bersama tiga orang rakan aku ke pasar ramadhan membeli lauk untuk berbuka puasa, tiba-tiba aku terpandang seorang perempuan yang cantik lalu depan mata aku. Perempuan itu sangat cantik, aku terpegun tetapi malangnya perempuan itu yang perasan aku melihatnya lalu memaki hamun aku. Aku terkejut dan kebingungan kenapa perempuan itu marah dan maki hamun aku sedangkan aku terpegun melihat kecantikannya. Perempuan itu memaki hamun aku seperti di bawah:-

          "Woi apasal kau tengok aku, tak pernah tengok orang ke? Gila..!!"

Aku mula angin satu badan, rasa macam mahu tampar saja mulut perempuan yang tidak beradab itu. Namun begitu, aku cuba untuk bersabar kerana jika aku bersikap sebegitu maka aku juga akan menjadi seorang yang tidak beradab sepertinya. Tambahan lagi, di bulan puasa, kita harus tingkatkan kesabaran. Aku hanya membalas dengan senyuman dan berlalu. Perempuan itu masih memandang aku dengan muka tidak berpuas hati.





ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Berdasarkan peristiwa yang aku lalui itu secara langsung dapat mengajar aku erti kesabaran. Aku melihat sikap perempuan itu tidak bersabar dan tidak beradab. Bagi pendapat aku, perempuan itu marah disebabkan dia terasa yang aku mengutuknya walhal aku memuji kecantikannya di dalam hati. Hal ini demikian kerana, perempuan itu berpakaian agak menjolok mata dan rambutnya pula berwarna merah. Namun begitu, aku tidak melihat dari segi cara dia berpakaian sebaliknya bentuk tubuhnya dan mukanya yang cantik menjadi daya tarikan untuk aku melihat. Dalam konteks ini, jelaslah bahawa perlunya kita bersabar dan berbudi bahasa walau di manapun kita berada. Jangan berfikiran negatif terhadap orang kerana apa yang kita fikirkan belum tentu ada betulnya. Sekian..

~KESALAHAN EJAAN~




KISAH KETIGA PULUH
Lokasi :- Di salah sebuah klinik
 
 

Assalamualaikum....
Dalam ulasan aku kali ini, suka untuk aku mengulas mengenai kesalahan ejaan yang kerap kali dilakukan oleh segelintir pemilik kedai ataupun syarikat. Dalam konteks ini, ketika aku mencari bahan untuk menyiapkan tugasan dalam blog ini, aku cuba mencari dalam internet. Aku terjumpa kesalahan ejaan 'klinik' seperti gambar di atas. Dengan ini telah mencetus idea untuk aku mengulas mengenai kesalahan ejaan yang telah dilakukan.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
  

Berdasarkan gambar di atas, jelas dapat kita lihat sikap segelintir masyarakat yang tidak peka terhadap kesalahan bahasa yang dilakukan. Ekoran sikap ambil mudah atau tidak peka terhadap kesalahan ejaan maka pemilik klinik tersebut telah melakukan kesalahan ejaan klinik iaitu dengan mengeja 'kelinik'. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana sebagai seorang doktor amat mustahil tidak pandai untuk mengeja klinik. Bagi pendapat aku, perkara ini berlaku kerana sikap ambil mudah pemilik klinik tersebut. Dalam konteks ini, bukan sahaja pemilik klinik ini, bahkan ramai pemilik kedai atau syarikat yang kerap kali melakukan kesilapan seperti ini. Sekian...

~TANGGUNGJAWAB BERSAMA~

KISAH KEDUA PULUH SEMBILAN

Lokasi :- Salah sebuah rancangan radio
 
 

Assalamualaikum....

Dalam kisah kedua puluh sembilan ini, suka untuk aku berkongsi cerita mengenai ketidakpuasan hati aku mengenai salah sebuah rancangan radio. Hal ini demikian kerana, mereka kerap kali menggunakan bahasa rojak iaitu bercakap dalam bahasa Melayu tetapi diselang-selikan dengan bahasa Inggeris. Tambahan pula dengan menggunakan bahasa yang tidak betul. Keadaan ini memberi ruang untuk aku mengulas.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, radio merupakan media massa yang berfungsi untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat haruslah mengkaji rancangan-rancangan yang disiarkan. Pihak rancangan radio haruslah menggunakan bahasa yang betul agar membantu masyarakat menggunakan bahasa dengan betul. Sebaliknya, aku lihat rancangan radio kini menggunakan bahasa sesuka hati mereka asalkan dapat menarik perhatian masyarakat untuk mendengar. Keadaan ini adalah salah kerana radio merupakan wahana penyebaran ilmu, jika bahasa yang digunakan tidak betul maka masyarakat juga akan terpengaruh. Sekian..

~BERETIKALAH DALAM MENJALANKAN PEKERJAAN~



KISAH KEDUA PULUH LAPAN
Lokasi :- Batang Kali


Assalamualaikum....
Dalam kisah ini, suka untuk aku mengulas mengenai sikap atau pecakapan polis yang beretika dan berhemah. Dalam kisah yang telah aku kemukakan sebelum ini banyak menyentuh mengenai budaya masyarakat yang tidak beradab semasa bercakap, tetapi kali ini aku ingin  berkongsi cerita mengenai sikap polis yang bercakap dengan penuh berhemah. Ceritanya bermula sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan. Semasa aku melalui jalan Batang Kali aku ditahan oleh polis yang mengadakan sekatan. Polis tersebut bertanya aku hendak ke mana dan aku menjawab hendak pulang ke kampung. Kemudian dia memesan kepada aku agar memandu kereta dengan berhati-hati dan meminta lesen daripada aku. Setelah selesai dia sekali lagi memesan kepada aku agar memandu dengan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke kampung. Dalam hati aku tidak henti-henti memuji sikap polis itu yang amat baik dan berhemah dalam menjalankan tugasannya.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)

 

Dalam konteks ini, berdasarkan peristiwa yang aku lalui itu jelaslah menunjukkan sikap polis itu yang penuh beretika dan berhemah dalam menjalankan tugasnya. Sikap seperti inilah yang harus ada dalam diri setiap pekerja agar pekerjaan mereka diberkati. Skap polis tersebut berbeza dengan segelintir sikap polis lain yang tidak beradap semasa bercakap dengan orang awam. Dalam konteks ini, walau sebesar mana sekalipun pangkat kita tetapi sebagai makhluk ciptaan Allah kita tetap sama. Sekian..

~PELANGGAN HARUS DIHORMATI~




KISAH KEDUA PULUH TUJUH
Lokasi :- Kedai makan di Proton City
 

Assalamualaikum....
Semasa aku pulang daripada kelas, aku singgah di salah sebuah kedai di Proton City. Aku memesan dua keping roti canai kepada Pak Cik kedai tersebut. Semasa aku menunggu temapahan aku siap, aku terpandang seorang lelaki India sedang mengisi kuah roti canai ke dalam plastik. Tiba, tiba Pak Cik kedai tersebut menegur pelanggannya itu. Tegurannya seperti di bawah:-


                 Pak Cik: Banyaknya ambil kuah. Jangan ambil banyak sangat nanti
                                  tak cukup.
                 Pelanggan : Saya suka makan kuah banyak.




ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, aku tidak bersetuju dengan sikap Pak Cik kedai itu. Hal ini demikian kerana, lelaki Idia itu ialah pelanggan Pak Cik tersebut, jadi seorang jurujual harus menghormati pelanggannya dan memuaskan hati pelanggannya. Bagi aku tidak salah jika Pak Cik itu sudah tetapkan kuah kena ambil sedikit sahaja tetapi tidak salah jika pelanggan mahukan kuah yang lebih dan jika Pak Cik itu mahu kenakan caj boleh juga. Sebaliknya, Pak Cik tersebut melarang pelanggannya untuk mengambil kuah lebih dan aku lihat keadaan ini adalah tidak wajar sama sekali. Sekian..

~BUDAYA MASYARAKAT MELAYU KINI~

KISAH KEDUA PULUH ENAM
Lokasi :- Kuala Lumpur
 

Assalamualaikum....
Dalam kisah kedua puluh enam ini suka untuk aku berkongsi cerita mengenai sikap atau budaya masyarakat Melayu kini yang lebih mengagung-agungkan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Melayu. Dalam konteks ini, aku ingin berkongsi peristiwa yang aku lalui ketika pergi ke rumah salah seorang sahabat kakak aku di Kuala Lumpur. Ketika aku di rumahnya, aku mendengar kakak aku bersembang dengan sahabatnya. Aku dapat mengesan gaya percakapan rakan kakak aku itu yang bercakap bahasa Melayu tetapi diselang-seli dengan bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, bukan itu yang menjadi daya tarikan buat aku tetapi aku ingin berkongsi peristiwa yang aku alami semasa aku menegur anak lelakinya  berumur enam tahun yang asyik menonton televisyen. Dialognya seperti di bawah:

                              Aku : Hai adik. Tengok cerita apa tu?
                              Anak kawan kakak aku : (Diam, tidak menjawab pertanyaan aku)
                              Aku : Adik. Tegok cerita apa tu?
                              Anak kawan kakak aku : (Masih diam dan tidak menjawa soalan aku)

Aku pelik, tidak dengar ke budak ini. Kemudian, ibunya datang dan memberitahu aku yang anaknya tidak akan layan orang yang bercakap dengannya dalam bahasa Melayu. Aku terkejut mendengar penjelasan daripada ibunya itu. Kemudian aku cuba mendekati lagi budak itu dan cuba berkomunikasi dengannya dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan kepastian. Dialognya seperti di bawah:-

                             Aku : Hello cute boy. What you watch?
                             Anak kawan kakak aku: Hello sis. I saw the cartoon story


Betul apa yang dicakapkan oleh ibunya yang anaknya tidak akan layan jika orang bercakap dengannya dalam bahasa Melayu.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Berdasarkan, peristiwa yang aku lalui itu, jelas menunjukkan yang budak tersebut telah diajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sejak kecil lagi. Bagi pendapat aku, kita tidak seharusnya menyalahkan budak itu kerana tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, dia telah diajar oleh ibu bapanya sendiri untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya. Jadi, yang harus dipersalahkan ialah ibu dan bapanya yang aku fikir sudah terhakis jati diri Melayu dalam diri mereka. Buktinya, mereka lebih mengagung-agungkan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu walhal mereka orang Melayu. Dalam konteks ini, berdasarkan pemerhatian aku ramai masyarakat sekarang yang lebi mengagung-agungkan bahasa Inggeris dariapa bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Melayu. Bagi mereka apabila bercakap dalam bahasa Inggeris menggambarkan diri mereka berilmu pengatahuan dan berada dalam kelas tertinggi. Orang seperti inilah yang akan menghapuskan bahasa Melayu dan meletakkan martabat bahasa Melayu jauh ke bawah. Oleh itu, sikap seperti ini haruslah dielakkan kerana kita sebagai bangsa Melayu harus berusaha memartabatkan bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu. Jika kita sendiri tidak berbangga dengan bahasa kita maka suatu hari nanti bahasa kita akan terhakis sedikit demi sedikit. Sekian..

~ANALISIS BENTUK PANGGILAN DAN BUDI BAHASA SEORANG PELAYAN RESTORAN~

KISAH KEDUA PULUH LIMA
Lokasi :- Di salah sebuah restoran  



Assalamualaikum....
Aku teringat peristiwa yang aku lalui setahun lepas sewaktu aku dan kakak aku pergi ke salah sebuah restoran untuk membeli lauk. Semasa aku dan kakak aku sibuk memilih menu untuk kami tempah tiba-tiba aku mendengar seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an berbahas dengan salah seorang pelayan restoran tersebut. Dialognya seperti di bawah:-



              Pelayan : Ya Mak Cik nak apa?
              Wanita : Mak Cik? saya bukan Mak Cik awak.
              Pelayan : Owh.. Maaf kakak nak pesan apa?
              Wanita : Saya bukan kakak awak.
              Pelayan : Habis tu saya nak panggil apa, Mak Cik pun tak, kakak
                                pun tak! (dengan muka geram)
              Wanita : Puan ya, bukan Mak Cik atau kakak sebab kita tak
                              bersaudara.

 
Aku tertarik untuk mengulas situasi yang berlaku di depan mata aku ini.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Berdasarkan situasi yang berlaku di depan mata aku ini, jelas menunjukkan panggilan yang digunakan oleh pelayan tersebut tidak kena pada tempatnya. Dalam konteks ini, pelayan restoran tersebut menggunakan panggilan keluarga dalam konteks rasmi iaitu dalam komunikasi semasa berniaga. Khidmat dalam restoran, sama ada besar atau kecil ialah urusan perniagaan. Jadi, pelanggan haruslah dihormati dan pelayan haruslah memenuhi hati pelanggan. Pelayan tersebut menggunakan panggilan kekeluargaan iaitu 'Mak Cik dan 'Kakak' walhal, di restoran suasananya adalah berbeza iaitu lebih kepada komunkasi perniagaan. Jadi, hubungan pelayan dengan tetamu adalah perniagaan dan pelanggan harus dihormati bukan dimesrai seperti yang dilakukan oleh pelayan tersebut. Dalam konteks ini, pelayan itu juga boleh dikatagorikan sebagai tidak menghormati pelanggan dengan menarik muka geram atau masam apabila pelanggan tersebut tidak suka dengan panggilan yang diberikan kepadanya. Dalam konteks ini, wajar juga pelanggan wanita tersebut memperbetulkan panggilan yang digunakan oleh pelayan tersebut terhadapnya kerana bagi pandangan aku dalam usia 30-an tidak sesuai untuk golongan berumur 20-an memanggilnya 'Mak Cik'. Oleh itu, jelaslah berlaku kesalahan dalam penggunaan panggilan dan juga berlaku situasi tidak berbudi bahasa yang ditujukkan oleh pelayan restoran tersebut. Sekian..