sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Thursday, March 17, 2011

~ANALISIS BENTUK PANGGILAN DAN BUDI BAHASA SEORANG PELAYAN RESTORAN~

KISAH KEDUA PULUH LIMA
Lokasi :- Di salah sebuah restoran  



Assalamualaikum....
Aku teringat peristiwa yang aku lalui setahun lepas sewaktu aku dan kakak aku pergi ke salah sebuah restoran untuk membeli lauk. Semasa aku dan kakak aku sibuk memilih menu untuk kami tempah tiba-tiba aku mendengar seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an berbahas dengan salah seorang pelayan restoran tersebut. Dialognya seperti di bawah:-



              Pelayan : Ya Mak Cik nak apa?
              Wanita : Mak Cik? saya bukan Mak Cik awak.
              Pelayan : Owh.. Maaf kakak nak pesan apa?
              Wanita : Saya bukan kakak awak.
              Pelayan : Habis tu saya nak panggil apa, Mak Cik pun tak, kakak
                                pun tak! (dengan muka geram)
              Wanita : Puan ya, bukan Mak Cik atau kakak sebab kita tak
                              bersaudara.

 
Aku tertarik untuk mengulas situasi yang berlaku di depan mata aku ini.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Berdasarkan situasi yang berlaku di depan mata aku ini, jelas menunjukkan panggilan yang digunakan oleh pelayan tersebut tidak kena pada tempatnya. Dalam konteks ini, pelayan restoran tersebut menggunakan panggilan keluarga dalam konteks rasmi iaitu dalam komunikasi semasa berniaga. Khidmat dalam restoran, sama ada besar atau kecil ialah urusan perniagaan. Jadi, pelanggan haruslah dihormati dan pelayan haruslah memenuhi hati pelanggan. Pelayan tersebut menggunakan panggilan kekeluargaan iaitu 'Mak Cik dan 'Kakak' walhal, di restoran suasananya adalah berbeza iaitu lebih kepada komunkasi perniagaan. Jadi, hubungan pelayan dengan tetamu adalah perniagaan dan pelanggan harus dihormati bukan dimesrai seperti yang dilakukan oleh pelayan tersebut. Dalam konteks ini, pelayan itu juga boleh dikatagorikan sebagai tidak menghormati pelanggan dengan menarik muka geram atau masam apabila pelanggan tersebut tidak suka dengan panggilan yang diberikan kepadanya. Dalam konteks ini, wajar juga pelanggan wanita tersebut memperbetulkan panggilan yang digunakan oleh pelayan tersebut terhadapnya kerana bagi pandangan aku dalam usia 30-an tidak sesuai untuk golongan berumur 20-an memanggilnya 'Mak Cik'. Oleh itu, jelaslah berlaku kesalahan dalam penggunaan panggilan dan juga berlaku situasi tidak berbudi bahasa yang ditujukkan oleh pelayan restoran tersebut. Sekian..

No comments:

Post a Comment