KISAH KETIGA PULUH LIMALokasi :- Jalan Kuching, Selayang
Assalamualaikum....
Dalam mencari idea untuk diulas dalam tugasan blog ini, tiba-tiba aku teringat kejadian yang menimpa aku semasa dalam perjalanan ke rumah kakak aku. Aku telah mengalami kemalangan jalan rasa di Jalan Kuching, Selayang. Namun begitu, tiada kecederaan yang dialami oleh aku dan pemandu kenderaan yang melanggar aku itu. Dalam peristiwa ini, suka untuk aku menceritakan sikap pemadu kereta yang melanggar aku itu. Pemandu kereta itu ialah lelaki dan tidak mempunyai lesen memadu tetapi isterinya cukup tidak berbudi bahasa semasa bercakap dengan aku. Isteri kepada pemandu kereta itu meminta aku membayar ganti rugi kerosakan keretanya. Namun begitu, aku dengan selamba berkata 'kita pergi balai dan selesaikan masalah ini'. Isteri pemandu itu tidak mengalah dan ingin aku mebayar ganti rugi kerana aku kira dia takut untuk ke balai polis kerana suaminya tidak ada lesen memandu. Aku meminta dia bercakap elok-elok dan aku meminta dia ke balai.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Dalam konteks ini, sering berlaku pergaduhan apabila berlaku kemalangan. Namun begitu, bagi pendapat aku perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana tidak ada orang yang mahukan kemalangan berlaku. Jadi, kita haruslah selesaikan dengan cara baik dan bukannya saling bertikam lidah yang hanya akan merumitkan keadaan lagi. Kunci bagi penyelesaian masalah ini ialah kesabaran kerana apabila kita berjaya mengawal kesabaran kita maka perkara seperti ini tidak akan berlaku sama sekali. Di samping itu, kita juga harus beradap dalam percakapan kita walau di mana sahaja kita berada. Sekian..
No comments:
Post a Comment