sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Thursday, March 17, 2011

~BUDAYA MASYARAKAT MELAYU KINI~

KISAH KEDUA PULUH ENAM
Lokasi :- Kuala Lumpur
 

Assalamualaikum....
Dalam kisah kedua puluh enam ini suka untuk aku berkongsi cerita mengenai sikap atau budaya masyarakat Melayu kini yang lebih mengagung-agungkan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Melayu. Dalam konteks ini, aku ingin berkongsi peristiwa yang aku lalui ketika pergi ke rumah salah seorang sahabat kakak aku di Kuala Lumpur. Ketika aku di rumahnya, aku mendengar kakak aku bersembang dengan sahabatnya. Aku dapat mengesan gaya percakapan rakan kakak aku itu yang bercakap bahasa Melayu tetapi diselang-seli dengan bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, bukan itu yang menjadi daya tarikan buat aku tetapi aku ingin berkongsi peristiwa yang aku alami semasa aku menegur anak lelakinya  berumur enam tahun yang asyik menonton televisyen. Dialognya seperti di bawah:

                              Aku : Hai adik. Tengok cerita apa tu?
                              Anak kawan kakak aku : (Diam, tidak menjawab pertanyaan aku)
                              Aku : Adik. Tegok cerita apa tu?
                              Anak kawan kakak aku : (Masih diam dan tidak menjawa soalan aku)

Aku pelik, tidak dengar ke budak ini. Kemudian, ibunya datang dan memberitahu aku yang anaknya tidak akan layan orang yang bercakap dengannya dalam bahasa Melayu. Aku terkejut mendengar penjelasan daripada ibunya itu. Kemudian aku cuba mendekati lagi budak itu dan cuba berkomunikasi dengannya dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan kepastian. Dialognya seperti di bawah:-

                             Aku : Hello cute boy. What you watch?
                             Anak kawan kakak aku: Hello sis. I saw the cartoon story


Betul apa yang dicakapkan oleh ibunya yang anaknya tidak akan layan jika orang bercakap dengannya dalam bahasa Melayu.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Berdasarkan, peristiwa yang aku lalui itu, jelas menunjukkan yang budak tersebut telah diajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sejak kecil lagi. Bagi pendapat aku, kita tidak seharusnya menyalahkan budak itu kerana tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, dia telah diajar oleh ibu bapanya sendiri untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya. Jadi, yang harus dipersalahkan ialah ibu dan bapanya yang aku fikir sudah terhakis jati diri Melayu dalam diri mereka. Buktinya, mereka lebih mengagung-agungkan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu walhal mereka orang Melayu. Dalam konteks ini, berdasarkan pemerhatian aku ramai masyarakat sekarang yang lebi mengagung-agungkan bahasa Inggeris dariapa bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Melayu. Bagi mereka apabila bercakap dalam bahasa Inggeris menggambarkan diri mereka berilmu pengatahuan dan berada dalam kelas tertinggi. Orang seperti inilah yang akan menghapuskan bahasa Melayu dan meletakkan martabat bahasa Melayu jauh ke bawah. Oleh itu, sikap seperti ini haruslah dielakkan kerana kita sebagai bangsa Melayu harus berusaha memartabatkan bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu. Jika kita sendiri tidak berbangga dengan bahasa kita maka suatu hari nanti bahasa kita akan terhakis sedikit demi sedikit. Sekian..

No comments:

Post a Comment