KISAH KEDUA PULUH TUJUHLokasi :- Kedai makan di Proton City
Assalamualaikum....
Semasa aku pulang daripada kelas, aku singgah di salah sebuah kedai di Proton City. Aku memesan dua keping roti canai kepada Pak Cik kedai tersebut. Semasa aku menunggu temapahan aku siap, aku terpandang seorang lelaki India sedang mengisi kuah roti canai ke dalam plastik. Tiba, tiba Pak Cik kedai tersebut menegur pelanggannya itu. Tegurannya seperti di bawah:-
Pak Cik: Banyaknya ambil kuah. Jangan ambil banyak sangat nanti
tak cukup.
Pelanggan : Saya suka makan kuah banyak.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Dalam konteks ini, aku tidak bersetuju dengan sikap Pak Cik kedai itu. Hal ini demikian kerana, lelaki Idia itu ialah pelanggan Pak Cik tersebut, jadi seorang jurujual harus menghormati pelanggannya dan memuaskan hati pelanggannya. Bagi aku tidak salah jika Pak Cik itu sudah tetapkan kuah kena ambil sedikit sahaja tetapi tidak salah jika pelanggan mahukan kuah yang lebih dan jika Pak Cik itu mahu kenakan caj boleh juga. Sebaliknya, Pak Cik tersebut melarang pelanggannya untuk mengambil kuah lebih dan aku lihat keadaan ini adalah tidak wajar sama sekali. Sekian..
No comments:
Post a Comment