sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Thursday, March 17, 2011

~LEMBU MENINGGAL?~



KISAH KETIGA PULUH LAPAN
Lokasi :- Pengkalan Chepa, Kota, Bharu, Kelantan.
 
 

Assalamualaikum....
Aku merupakan anak kepada Mohd Nawi Bin Ismail. Ayah aku memelihara beberapa ekor lembu dan lembu yang dipelihara sangat jinak dengan kami. Suatu hari semasa aku pulang ke rumah, aku pergi ke kandang lembu milik ayah aku. Semasa di sana seorang penjaga lembu yang diupah oleh ayah aku sedang leka memberi makan kepada lembu kami. Aku meninjau-ninjau kawasan kandang lembu dan aku dapati lembu kesayangan anak saudara aku yang diberi nama Akis tiada. Aku bertanya kepada Habidi penjaga lembu itu, lalu Habidi menjawab seperti di bawah:-

         "emmm Akis dah lama dah meninggal, dua minggu lepas"

Aku ketawa mendengar Habidi mengatakan yang lembu kami meninggal. Kemudian, aku memberitahu Habidi iaitu bukan meninggal tetapi mati. Namun, dalam hati aku, aku sangat sedih kerana lembu itu ialah lembu kesayangan anak saudara aku dan lembu itu juga sangat jinak.

 


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Ulasan mengenai peristiwa di atas ialah perkataan meninggal tidak sesuai digunakan untuk menunjukkan haiwan telah meninggal. Hal ini demikian kerana, perkataan meninggal digunakan untuk menggambarkan manusia yang telah tiada atau kembali ke rahmatullah. Selain itu,  penggunaan kata meninggal akan lebih tepat jika digunakan untuk orang yang dihormati. Manakala, mati pula merupakan hipernimi (kata umum) dari makna hiponimi (kata khusus) meninggal, wafat, mangkat, tewas, mampus, gugur, dan berpulang. Oleh itu, untuk haiwan adalah sesuai menggunakan perkataan mati. Sekian..

No comments:

Post a Comment