sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 15, 2011

~BAKAL GURU MENIPU?~

KISAH KETUJUH BELAS

Lokasi :- Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)
 
 

Assalamualaikum....
Dalam coreta aku buat kali ketujuh belas suka untuk aku berkongsi cerita mengenai sikap segelintir pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukan itu sahaja malah bakal menjadi seorang guru suatu hari nanti yang masih bersikap negatif. Dalam konteks ini, semasa aku menjual tudung terdapat seorang pelajar perempuan datang membeli tetapi pada waktu itu aku tiada. Semasa aku tiada pelajar perempuan berkenaan telah mengambil kesempatan untuk menipu kawan aku dengan mengatakan aku pernah cakap kepada dia yang harga tudung itu murah iaitu RM12 sedangkan harga asal ialah RM16. Kawan aku percaya dengan penipuan budak itu lalu memberikan dengan harga RM12.


ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)


Berdasarkan peristiwa tersebut, jelas menunjukkan sikap pelajar perempuan tersebut yang tidak bertanggungjawab dan suka menipu. Suatu hari nanti pelajar perempuan tersebut akan bergelar guru tetapi sikap dia sendiri masih negatif macam mana hendak mendidik pelajar-pelajar sekolah nanti. Dengan ini, jelaslah bahawa masih terdapat segelintir pelajar yang mendapa pendidikan tinggi tetapi dari segi akhlak masih rendah.

No comments:

Post a Comment