sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Wednesday, March 16, 2011

~IBARAT ROYAK CAMPUR~


KISAH KEDUA PULUH TIGA

Lokasi :- Di salah sebuah restoran Melayu
  


Assalamualaikum....
Dalam situasi ini suka untuk saya mengulas mengenai sikap segelintir masyarakat yang suka mencampur bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, papan tanda restoran di atas telah mencampur adukkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa melayu iaitu 'Malay Hidang'. 'Malay' ialah bahasa Inggeris manakala 'hidang' pula ialah bahasa Melayu.



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, sikap segelintir masyarakat seperti ini akan mencemarkan penggunaan bahasa Melayu. Jika pemilik restoran itu ingin meletakkan nama restorannya dalam bahasa Inggeris maka haruslah meletakkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dan jika mahukan dalam bahasa Melayu maka haruslah diletakkan dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Sekian..

No comments:

Post a Comment