sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Monday, March 14, 2011

~TIDAK TAHU ADAB ATAU SENGAJA BUAT-BUAT TIDAK TAHU~

KISAH KESEBELAS
Lokasi :- Masjid Jamek
 

Assalamualaikum....
Coreta aku kali ini adalah mengenai sikap seorang Mak Cik yang tidak beradab semasa membeli. Ceritanya bermula sewaktu aku sedang membeli tudung di salah sebuah kedai di Masjid Jamek. Ketika aku ingin membayar tiba-tiba ada seorang Mak Cik yang berumur lebih kurang 40-an melintas aku. Aku terkejut dengan tingkah laku Mak Cik itu kerana dia bukan lagi golongan remaja yang mungkin tidak mengerti mengenai adat semasa membeli. Aku berundur dan memberi ruang kepada Mak Cik itu untuk berurusan dengan tuan kedai tersebut. Namun, Tuan kedai tersebut terlebih dahulu meminta Mak Cik tersebut mengikut giliran.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)

Dalam konteks ini, jelas menunjukkan terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak beradab dan mementingkan diri sendiri. Dalam usia yang aku kira sudah matang dan tahu berfikir, tidak wajar Mak Cik tersebut bersikap sedemikian rupa. Sekian..

No comments:

Post a Comment