KISAH KEDUA PULUH EMPAT
Lokasi :- Salah sebuah pusat pengajian tinggi
Assalamualaikum....
Semasa aku pergi ke salah sebuah pusat pengajian tinggi aku terserempak dengan ramai pengkid. Dalam hati aku terdetik, 'Ya allah ramai juga perempan nak jadi lelaki di sini'. Namun begitu, aku cuba memerhati tingkah laku mereka dan cuba mencari sifat kewanitaan dalam diri mereka. Tetapi, sayang sifat kewanitaan dalam diri mereka sudah terhakis. Aku memerhati cara mereka berjalan, berpakaian dan bercakap. Malah aku sendiri pun cuba untuk bercakap dengan mereka. Namun begitu, terdapat juga segelintir yang dulu pengkid tapi kini sudah berubah. Mereka tidak lagi memakai baju lelaki, sebaliknya cuba memakai baju perempuan.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Berdasarkan pengalaman yang aku kutip selama tiga hari di pusat pengajian tinggi itu, aku sempat mengkaji dan membuat kesimpulan sendiri kenapa mereka semua boleh menjadi pengkid. Dalam konteks ini, bagi pendapat aku persekitaran di pusat pengajian tinggi itu juga amat mempengaruhi. Hal ini demikian kerana, di sama pelajar perempuan amat sedikit berbanding pelajar lelaki yang ramai. Oleh itu, pergaulan mereka lebih cenderun ke arah lelaki dan menjadikan diri mereka kasar. Di samping itu, mungkin disebabkan kurangnya peganggan agama dalam diri mereka hingga terjebak dalam gejala pengkid ini walaupun mereka sedar itu semua adalah dilarang sama sekali dalam islam. Semasa aku di sana, sempat aku bertanya beberapa orang pelajar perempuan, kenapa mereka boleh menjadi seperti itu. Ramai yang mengatakan golongan mereka itu pernah putus cinta dengan lelaki. Jadi disebabkan rasa kecewa terhadap lelaki mereka lebih suka berhubungan dengan perempuan. Hal ini demikian kerana, bagi mereka perempuan lebih memahami. Keadaan ini, kalau tidak dibendung akan merebak dan tidak terkawal suatu hari nanti. Oleh itu, aku cadangkan agar pihak-pihak tertentu mengambil langkah berjaga-jaga dengan gejala ini.
No comments:
Post a Comment