sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 15, 2011

~SIKAP JURUJUAL YANG TIDAK BERBUDI BAHASA~

KISAH KELAPAN BELAS
Lokasi :- Carefour Wangsa Maju, Kuala Lumpur
 
 

Assalamualaikum....
Dalam kekalutan aku mencari idea untuk menulis dalam blog ini tiba-tiba aku teringat satu peristiwa yang pernah aku lalui semasa membeli di Carefour Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Seingataku peristiwa ini berlaku tiga bulan lepas semasa kau hendak membeli tudung di salah satu butik di Carefour. Aku memilih tudung yang sesuai dengan baju yang aku baru beli tetapi di butik tersebut tidak terdapat tudung sama warna dengan baju aku. Jadi, aku tidak jadi untuk membeli tudung di butiknya. Namun begitu, kata-kata kesat telah dikeluarkan oleh pekerja butik tersebut. Kata-kata tersebut seperti di bawah:-

         Pekerja butik: Puki r pilih lama tapi ak beli.(dengan wajah masam mencuka)

Aku terkejut mendengar kata-kata kesat tersebut. Sempat aku mengucap di dalam hati agar bersabar dengan layanan pekerja tersebut.




ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)


Dalam konteks ini, suka untuk aku meluah isi hati aku mengenai sikap pekerja perempuan tersebut. Sikap seperti itu haruslah dielakkan dan di tambah pula pekerja tersebut perempuan jadi tidak manis jika bercakap melalut seperti itu. Sepatutnya, seorang jurujual haruslah mempunyai sikap sabar dan berbudi bahasa. Namun begitu, sikap pekerja perempuan itu jelas mengambarkan dirinya yang tidak beradab dalam percakapan dan tidak keterlaluan jika aku katakan orang seperti itu tidak layak untuk berniaga. Sekian...

No comments:

Post a Comment