sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 15, 2011

~LAMPU ISYARAT~


KISAH KETIGA BELAS
Lokasi :- Jalan Machang, Kelantan
 

Assalamualaikum....
Dalam situasi ketiga belas ini, suka untuk aku berkongsi mengenai sikap sesetengah masyarakat yang tidak pandai berbahasa di jalan raya. Aku maksudkan di sini tidak pandai berbahas buka sahaja dalam pecakapan bahkan juga dalam perbuatan atau tingkah laku. Semasa aku melalui jalan Machang, terdapat sebuah motorsikal jenama Honda yang dipandu oleh seorang Mak Cik dengan membonceng tiga orang anaknya iaitu dua orang di belakang dan seorang lagi dibahagian hadapan. Keadaan ini telah menarik perhatian aku apabila Mak Cik tersebut dan anak-anaknya tidak memakai topi keledar dan ditambah pula sewaktu Mak Cik tersebut hendak membelok ke kanan, isyarat tidak diberikan terlebih dahulu.




ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 
 

Dengan ini, jelas menunjukkan sikap Mak Cik tersebut tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Keadaan ini, bukan sahaja akan membahayakan diri Mak Cik tersebut sahaja tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, sikap seperti ini haruslah dielakkan bagi menjamin keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

No comments:

Post a Comment