sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Wednesday, March 16, 2011

~OK? BAIKLAH?~

KISAH KEDUA PULUH DUA
Lokasi :- Di sekolah



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)

Dalam konteks ini, jelas menunjukkan guru tersebut tidak mahir dalam bicaranya. Dengan menyebut seperti itu, secara langsung mengambarkan sikap guru tersebut yang lebih suka atau sudah terbiasa bercakap dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini berlawanan dengan status guru tersebut sebagai guru bahasa Melayu. Bagaimana guru tersebut hendak mengajar para pelajar untuk berbahasa dengan betul sedangkan guru itu sendiri melakukan kesilapan dalam percakapannya. Di tambah pula perkataan 'ok' dan 'baiklah' membawa makna yang sama, jadi berlaku kesalahan penggunaan bahasa di situ. Sekian...

Assalamualaikum....
Dalam situasi ini, suka untuk aku berkongsi cerita mengenai peristiwa yang aku lalui di salah sebuah sekolah. Peristiwa tersebut ialah mengenai seorang guru praktikal yang mengajar dan secara tidak langsung aku terdengar dia menyebut 'ok, baiklah'. Dialognya lebih kurang seperti di bawah:-

       "Ok, baiklah pelajar cikgu mahu kamu mendengar apa
          yang akan cikgu terangkan"

Dengan ini, telah memberi idea untuk aku mengulas mengenai kata yang disebut oleh guru tersebut.



 
 

No comments:

Post a Comment