sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 15, 2011

~HILANGNYA SOPAN SANTUN DALAM BERBICARA~

KISAH KEEMPAT BELAS

Lokasi :- Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)
 
 

Assalamualaikum....
Dalam situasi keempat belas ini, suka untuk aku berkongsi mengenai sikap sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang semakin hilang sopan santun dalam berbicara. Ceritanya bermula sewaktu aku tengah menyiapkan tugasan pada pukul dua pagi dan tiba-tiba aku terkejut dengan satu suara yang amat kuat mengatakan "Kepala Hotak Kau". Aku terkejut lalu aku keluar untuk mengesan siapakah gerangan yang berbicara seperti itu.
 



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI) 
 

Berdasarkan peristiwa tersebut, jelas menunjukkan masih terdapat pelajar berpelajaran yang tidak beradab dalam berbicara. Tambahan pula, pada waktu itu sudah pagi iaitu pukul dua pagi dan orang lain sedang nyenyak tidur. Sikap pelajar tersebut bukan sahaja mengambarkan dirinya tidak beradab dalam berbicara tetapi telah menganggu tidur pelajar-pelajar lain yang tinggal di kolej tersebut. Sikap sebegini haruslah dielakkan agar imej pelajar universiti tidak tercemar. Sekian....

No comments:

Post a Comment