sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 15, 2011

~MAKNA PERKATAAN SUMBAK MENGIKUT DIALEK KELANTAN~

KISAH KESEMBILAN BELAS
Lokasi :- Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)
 
 

Assalamualaikum....
Dalam situasi kesembilan ini suka untuk aku berkongsi makna kata 'sumbak' mengikut dialek Kelantan. Hal ini demikian kerana, semasa aku bersembang dengan raka aku di dalam rumah, tiba-tiba aku mengeluarkan kata 'sumbak' bagi mengambarkan keadaan seorang lelaki yang menggatal dengan rakan aku di kedai tempat kami membeli makanan. Namun begitu, kawan aku yang berasal dari Pahang itu tidak faham kata 'sumbak' yang aku gunakan itu. Oleh itu, aku cuba untuk menerangkan maksud kata 'sumbak' itu mengikut dialek Kelantan kepada rakan aku.




ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 

Dalam konteks ini, makna kata 'sumbak' mengikut dialek Kelantan ialah digunakan untuk mengggambarkan sesuatu yang tidak betul atau orang yang tidak betul. Dengan ini, secara langsung rakan aku telah mempelajari salah satu kata dialek Kelantan. Sekian...

No comments:

Post a Comment