KISAH KELIMA BELAS
Lokasi :- KLCC
Assalamualaikum....
Kisahnya bermula sewaktu aku ke KLCC untuk membeli barang berjenama Himalaya. Ketika memasuki farmasi tersebut, terdapat seorang wanita Melayu datang menyapa aku. Namun begitu, aku pelik kerana wanita tersebut menyapa aku dengan bercakap dalam bahasa Inggeris walhal aku orang Melayu dan dia juga orang Melayu. Aku merasa situasi ini amat pelik lalu aku menegurnya. Dialog kami adalah seperti di bawah:-
Jurujual :Hello, can i help you. What u want?
Aku :Saya nak beli pencuci muka yang sesuai dengan kulit saya.
Jurujua :Owh, i think better u ambil this one. (lalu menunjukkan aku
salah satu pencuci muka yang sesuai untuk kulit aku)
Then, what else can i help?
Aku :Maaf Cik boleh bercakap dalam bahasa Melayu sebab
saya orang Melayu.
Jurujual :Owh sorry. Boleh. cik nak apa lagi?
Kemudian, jurujual tersebut tidak lagi bercakap menggunakan bahasa Ingggeris.
ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
Berdasarkan peristiwa yang aku lalui itu, jelas menunjukkan sikap sesetenggah masyarakat yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa pertam bagi mereka dan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Aku tidak kisah jika jurujual itu menggunakan bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan pelanggan berbangsa lain seperti orang putih, orang Cina dan orang Arab. Namun, menjadi masalah jika jurujual itu bercakap dalam bahasa Inggeris dengan aku iaitu orang Melayu dan jelas aku juga bertutur menggunakan bahasa Melayu. Orang Melayu seperti ini yang akan menghakis bahasa Melayu iaitu bahasa mereka sendiri. Dalam konteks ini, aku kira diri mereka sudah dijajah. Bercakap menggunakan bahasa Inggeris tidak salah tetapi biar kena pada tempatnya. Oleh itu janganlah kita terlalu mengagung-agungkan bahasa asing atau bahasa penjajah. Sekian...
No comments:
Post a Comment