sesuAtu itu tDk akN dataNg kaLau tiDak dicaRi, naMun kadaNg-kadaNg hadiR taNpa kita duGa..aNugeRah

Tuesday, March 15, 2011

~SIKAP SESETENGAH POLIS YANG TIDAK BERADAB~

KISAH KEDUA BELAS

Lokasi :- Perjalanan Ke KB Mall
 

Assalamualaikum....
Dalam situasi kedua belas ini, suka untuk aku berkongsi mengenai sikap sesetengah polis yang tidak beradab dalam percakapan. Aku telah melalui sendiri peristiwa seperti ini, bukan sekali malah dua kali. Salah satu peristiwa yang aku lalui ini ialah sewaktu aku dan rakan aku menaiki motorsikal. Kami ditahan oleh seorang polis trafik kerana motorsikal yang aku dan rakan aku naiki tidak mempunyai satu cermin sisi. Pegawai polis tersebut menahan kami, lalu ingin menyaman kami. Pada waktu itu, kawan aku meminta maaf dan memohon agar diberi peluang kepadanya. Rakan aku memohon agar pegawai polis tersebut tidak menyamannya. Namun begitu, aku tersentak apabila mendengar percakapan polis tersebut. Percakapan yang dikeluarkan lebih kurang seperti berikut:-

              "Jangan nak mengada-ngada, semua perempuan ni memang
               mengada-ngada lebih" (Dengan muka masam mencuka lalu
               menyaman rakan aku)



ULASAN (LUAHAN SUARA HATI)
 
 

Berdasarkan peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri telah membuat diri aku percaya yang ada sesetengah polis tidak beradab. Sebelum ini, ramai rakan aku yang menceritakan sikap atau layanan buruk yang diterima daripada sesetengah pegawai polis. Namun, aku tidak berapa percaya kerana aku tidak menyangka penjawat awam boleh berkelakuan negatif seperti itu. Bagi aku sikap polis itu sangat buruk, tidak bersopan santun dan tidak beretika. Dalam konteks ini, ke mana hilangnya slogan 'Mesra, Cepat dan Betul' yang menjadi pegangan setiap anggota polis. Sikap polis itu jelas menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak berhemah dalam percakapannya. Memang betul rakan aku melakukan kesalahan tetapi polis tersebut tidak sepatutnya menggunakan semua perempuan mengada-ngada dan aku tengok rakan aku itu tidak mengada-ngada. Sepatutnya, polis itu haruslah berhemah dengan menerangkan kesalahan rakan aku dan bahaya yang bakal diterima jika tidak mengikut peraturan lalu lintas dan jika patut disaman maka polis itu boleh menyaman rakan aku. Sebaliknya, polis itu mengutuk sikap perempuan yang tidak ada kena mengena dengan situasi waktu itu. Aku ingin sekali menyaman polis itu tetapi sayang aku lupa untuk mengambil nombor badannya. Oleh itu, berhemahlah kita dalam melaksanakan tugas dan jangan terlalu emosi dan cakap ikut suka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. 
SEKIAN.........

No comments:

Post a Comment