Assalamualaikum....
Semasa aku pergi ke UNIKL, Kulim untuk berjumpa dengan sepupu aku, aku mendapat satu lagi isu untuk aku ulaskan dalam tugasan blog ini. Isu kali ini adalah menyentuh mengenai penggunaan kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh rakan sepupu aku. Dialognya seperti di bawah :-
Sepupu aku: Suzi makan tak lagi?
Rakan sepupu aku: Kami makan dah tadi.

Berdasarkan dialog tersebut suka untuk aku mengulas mengenai penggunaan kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh rakan sepupu aku itu iaitu Suzi. Kata ganti nama diri pertama 'kami' ialah kata ganti nama diri pertama jamak iaitu digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. Dengan ini, rakan sepupu aku itu telah melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri pertama. Sepatutnya dia menggunakan kata ganti nama diri pertama 'aku' atau 'saya' untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh sepupu aku. Penggunaan kata ganti nama diri pertama 'kami' tidak sesuai kerana kami menunjukkan dua orang atau lebih. Sebaliknya, pada waktu itu sepupu aku hanya bertanya kepada rakannya Suzi sahaja dan tidak ada orang lain selain Suzi. Sekian..
No comments:
Post a Comment